E-ADUAN
UTAMA CATATAN ADUAN HPM FACEBOOK
Terdapat Pelbagai Saluran Untuk Membuat ADUAN
Monday, April 22, 2013 • 5:15 AM • 0 comments



1. E-Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) 
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai
Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my 
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my2


2. Bira Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam
Laman web
http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777


3. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.
Laman Web
http://www.skmm.gov.my
Email : aduanskmm@cmc.gov.my


4. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.
Laman Web
http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822



5. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.
Laman web
http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my


6. Kementerian Tenaga , Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)
Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.
Laman Web
http://aduan.kettha.gov.my
Email : aduans@ktak.gov.my



7. Pusat Khimat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.
Laman web
http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 90002










PAST
E-Aduan
Blog ini merupakan Pusat Khimat Aduan Pengguna Dalam Industri Telekomunikasi @ e-Aduan. Laporkan segala aduan dan permasalahan anda :)
segala aduan yang tidak munasabah TIDAK DILAYAN !



Berborak


widget

.

Jumlah Pengunjung !

free counter
glassfish hosting
Masa Itu Emas !

*Jika ada sebarang masalah untuk dikongsikan sila hantar email kepada afifah.momo@yahoo.com >>


BLOG ARCHIVE;